Ngences ialah perkataan yang berasal dari bahasa Jawa yang membawa maksud air liur bayi yang sentiasa meleleh. Biasa kita tengok, bayi yang 3 hingga 6 bulan akan mengalami masalah ini. Kondisi ini berlaku sebagai tanda bahawa bayi anda sedang dalam proses pertumbuhan gigi baru dan kemahiran neuromuscular (saraf dan otot) (American Academy of Pediatrics 2016). Walaupun ia satu petanda yang positif tetapi ibu-ibu, bapak-bapak kena ingat, kalau air liurnya meleleh melebihi dari kebiasaanya, ia berkemungkinan anak anda mengalami masalah kesihatan seperti lewat perkembangan (developmental delay) yang perlukan khidmat nasihat pakar.
FUNGSI AIR LIUR
Penghasilan air liur ini berkait rapat dengan penghadaman makanan. Bayi menghasilkan air liur dalam jumlah yang sedikit pada umur bawah 3 bulan kerana mereka hanya bergantung kepada susu untuk pemakanan harian. Jumlah air liur yang sedikit itu digunakan untuk mengekalkan hidrasi mulut. Walau bagaimanapun, apabila bayi itu meningkat dewasa, kelenjar air liur akan membesar dan makin banyak air liur akan dikeluarkan (Scope Australia, 2020). Selain mengekalkan tahap kelembapan mulut, air liur juga berfungsi untuk melembutkan makanan pepejal yang di makan, membantu bayi menelan makanan dengan lebih baik , menmbersihkan sisa makanan dan menjaga tahap kesihatan gigi . Air liur mengandungi ptyalin iaitu enzim penghadaman yang menukarkan kanji kepada gula. Ia merupakan antasid semulajadi yang mengneutralkan asid perut dan memudahkan penghadaman (American Academy of Pediatrics 2016).
SEBAB AIR LIUR MELELEH YANG BERLEBIHAN
Tipikalnya, bayi yang sedang membesar akan mula mampu mengawal mulutnya untuk menelan di antara umur 18 hngga 24 bulan. Tetapi, terdapat juga bayi yang mengalami masalah lelehan air liur yang terlalu banyak berbanding bayi yang lain disebabkan oleh faktor lewat perkembangan. Ini termasuk mereka yang mempunyai autism yanag mana golongan ini mengalami kesukaran kawalan otot dan sensitiviti. Ia berpunca disebabkan oleh ton otot yang rendah, kurang sensitiviti di bahagian bibir dan muka (Reagon, 2016). Bukan itu sahaja, postur mulut keadaan bayi yang sentiasa terbuka dan kelemahan untul mengawal kepada dan badan juga menghalang rangsangan untuk menelan air liur yang terkumpul ( North Shore Pediatric Therapy, 2020).
Langkah proaktif yang boleh diambil oleh ibu bapa yang menghadapi situasi ini adalah dengan berjumpa dengan pakar kanak-kanak bahagaian telinga, hidung dan tekak untuk merungkai punca masalah sebenar. Kumpulan professional seperti pakar speech and occupational therapist akan juga membantu dalam aspek ton otot oral (oral muscle tone) dan proses penelanan. Dalam bidang pemakanan pula, kawalan pemakanan makanan yang berasid juga dapat membantu mengurangkan pengeluaran air liur yang berlebihan.
Sumber
American Academy of Pediatric. (2016, February 26). Drooling and your baby. HealthyChildren.org. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/teething-tooth-care/Pages/Drooling-and-Your-Baby.aspx
North Shore Pediatric Therapy. (2020, March 4). Is your baby’s drooling normal or excessive? https://www.nspt4kids.com/therapy/is-your-babys-drooling-normal-or-excessive/
Reagon, K. (2016, January 29). Autism and drooling: Why so common? What helps? Autism Speaks. https://www.autismspeaks.org/expert-opinion/autism-and-drooling-why-so-common-what-helps
Scope Australia. (2020, April 30). Scope Australia: Saliva facts and figures. https://www.scopeaust.org.au/information-resources-hub/resources-download/saliva-facts-figures/
Copyright © 2021 DietPax Ventures (NS0245920-X). All Rights Reserved.