Sepanyol Di Kedudukan Tertinggi Negara Tersihat Dunia

Sepanyol Di Kedudukan Tertinggi Negara Tersihat Dunia

Sepanyol Di Kedudukan Tertinggi Negara Tersihat Dunia

Sepanyol telah merembat takhta yang dipegang oleh Jepun sebelum ini dalam memenangi kedudukan tertinggi bagi senarai negara tersihat dunia. Berdasarkan hasil carian pengkaji untuk Bloomberg Healthiest Country Index, Sepanyol telah dinobatkan antara 169 negara di dunia yang mencapai kesihatan yang baik secara keseluruhan. Keputusan ini dibuat berpandukan analisis data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), United Nations Population Division dan World Bank yang dimana mereka menilai daripada beberapa faktor seperti gaya hidup iaitu penggunaan tembakau, penyakit darah tinggi dan obesiti. Selain itu,  tahap malnutrisi dan suasana sekeliling seperti pencapaian terhadap air bersih juga diambil kira dalam penilaian tersebut.

 

Berdasarkan penilaian kriteria tersebut, negara Sepanyol telah mendapat markah tertinggi sebanyak 92.75 per 100 dan diikuti rapat oleh negara Itali di tangga yang kedua dengan markah 91.59 dan Iceland tempat yang ketiga manakala Jepun di tangga yang ke empat. Jangkaan tempoh hayat rakyat sepanyol ialah 83.5 tahun dan dijangkakan akan meningkat sehingga 85.8 tahun pada tahun 2040. Jika dikaji corak kehidupan warga Sepanyol, mereka sebenarnya tidak lari daripada amalan merokok, meminum minuman beralkohol dan tidur lewat malam. Kunci utama kemenangan mereka ialah diet yang sihat iaitu mereka mengamalkan diet Mediterranean.

 

Bagaimana diet Mediterranean ini menjamin kesihatan seseorang ? Konsep diet Mediterannean menfokuskan lemak sihat, kekacang dan mengurangkan daging merah dan makanan berproses. Prinsip diet ini lebih kepada mengambil sayuran, buah-buahan, kekacang, minyak zaitun dan memakan sumber tenusu dan daging merah dalam kuantiti sederhana. Menariknya, rakyat Sepanyol memakan banyak buah dan sayuran dan kerap berjalan untuk pergi ke sesuatu destinasi. Tidak hairanla Sepanyol mempunyai kedudukan tertinggi pejalan kakai di Eropah dengan 37% daripada mereka berjalan kaki ke tempah kerja berbanding menaiki kenderaan. Bukan itu sahaja, kebanyakan program program kesihatan yang dianjurkan telah berjaya mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh rakyat mereka sendiri. Oleh sebab itu, Sepanyol mampu mengurangkan kadar kematian bagi rakyat mereka dan mempunyai kesedaran yang tinggi tentang penjagaan kesihatan. Malaysia pula macam mana ? Kita mampu menempatkan diri di tempat tertinggi kategori obesiti tetapi tidak mustahil kita dapat mengubah kemenangan untuk kategori yang lebih sihat.  Ayuh Malaysia, bersedia tempah nama untuk menjadi antara negara tersihat dunia.

 

Copyright © 2021 DietPax Ventures (NS0245920-X). All Rights Reserved.