Kisah Inspirasi Penurunan Berat Badan

Kisah Inspirasi Penurunan Berat Badan

Kisah Inspirasi Penurunan Berat Badan

Misi untuk mencapai berat badan yang ideal daripada status obesiti atau berlebihan berat badan bukan perkara mudah. Ia tidak semudah seperti hanya memakan sayur, menjauhkan diri daripada minuman manis dan tidak meninggalkan aktiviti fizikal walau sehari. Bagi mendapatkan penurunan berat badan ke angka yang diidamkan, ia memerlukan motivasi dan disiplin yang sangat tinggi. Apabila disebut berkaitan disiplin, tidak semua orang mampu untuk melakukan semua perkara tersebut dengan konsisten.Kesusahan, pengorbanan dan seribu satu kisah dilalui dalam perjalanan untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Seseorang akan mudah melakukan transformasi dalam hidup mereka jika adanya faktor pendorong atau ‘pushing factor’ untuk mereka merealisasikan apa yang dihajati walau perit sekali pun. Mengikuti kisah inspirasi Linda Migliaccio yang pernah mencapai berat badan 158 kg dan akhirnya berjaya melakukan transformasi kesihatan dalam hidupnya.

Kehidupan Linda yang dibesarkan dengan hidangan makanan yang enak memandangkan ibunya seorang yang mahir memasak juga antara faktor beliau selalu tewas untuk kawal pemakanannya. Pada bangku sekolah lagi, beliau telah berperang dengan masalah berat badannya dan pertama kali beliau memulakan diet ialah ketika umur beliau 15 tahun. Itupun disebabkan rasa malu dengan rakan sekelas yang lain yang lebih ringan terutamanya dalam kumpulan sorakan sekolah. Pelbagai jenis diet sudah diamalkan sepanjang usianya 58 tahun. Walaubagaimana pun, setiap kali angka berat menurun, beliau seolah membalas dendam dan makan segala jenis makanan yang diidamkan sebelum ini. Jadi, angka itu tidak kekal lama dan melonjak naik seperti sedia kala malah lebih besar lagi.

 

Insiden Linda jatuh di bilik air ketika menjaga ibunya telah menyebabkan kecederaan ACL dan meniscus di lutut kanannya. Ia memberi tamparan hebat kepadanya apabila doktor memberi gambaran bahawa beliau berkemungkinan perlu menggunakan kerusi roda disebebakan prosedur pembedahan tidak dapat dilakukan berikutan faktor beratnya yang berlebihan. Bermula dari itu, Linda nekad untuk ubah gaya hidupnya dengan lebih konsisten dan realistik. Beliau bermula dengan mempraktikkan diet nutritarian yang menekankan  tentang makanan berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang tetapi masih memakan makanan lain dalam kuantiti yang sederhana. Bukan dari aspek makanan sahaja yang dijaga, Linda juga aktif dengan aktiviti yoga dan mempunyai sokongan yang sangat kuat daripada kawan-kawan terutamnya dari kumpulan sokongan penurunan berat badan; Take Off Pounds Sensibly. Hasilnya, dalam tempoh dua tahun beliau telah berjaya menurunkan berat badan secara sihat dan konsisten sebanyak 85.7 kg dan oleh itu beliau tidak memerlukan pembedahan lutut lagi.  Kesimpulannya, motivasi dan disiplin diri sangat penting untuk seseorang mengubah kesihatan yang lebih baik dengan dilengkapi dengan diet yang seimbang, kumpulan sokongan dan mental yang kuat.

 

Rujukan: 

1. https://people.com/health/woman-nearly-wheelchair-bound-lost-half-her-size/

 

Copyright © 2021 DietPax Ventures (NS0245920-X). All Rights Reserved.