3 Tren Pemakanan Ekoran Pandemik Covid-19

3 Tren Pemakanan Ekoran Pandemik Covid-19

3 Tren Pemakanan Ekoran Pandemik Covid-19

Pandemik Covid-19 pada masa kini telah memberi impak yang ketara kepada semua masyarakat dunia dari segi ekonomi, kesihatan dan gaya hidup sosial. Ya, tidak dinafikan sektor ekonomi antara cabang yang paling terjejas ekoran perubahan aktiviti sosial. Dalam tidak langsung, tanpa kita sedar bahawa perubahan ini juga memberi kesan kepada cara seseorang individu mengambil serius tentang penjagaan kesihatan kendiri. Menurut naib presiden sebuah syarikat pemprosesan makanan, Archer-Daniels-Midland, beliau telah mengenal pasti bahawa ciri-ciri pemakanan manusia pada zaman pandemik kini kian berubah. Tren pemakanan sekarang lebih kearah pemakanan yang menitik beratkan tentang nutrisi dan peningkatan kesihatan badan secara general. Selain itu, hasil perbincangan menerusi webinar bertajuk  “State of Snacking 2020” anjuran IRI telah mendapati bahawa tren pilihan snek ketika waktu pandemik lebih kepada snek bernutrisi dimana seramai 38% pengguna memilih makanan yang diperkaya dengan probitotik dan 54% memilih snek yang kaya dengan vitamin dan mineral.

 

1. Alternatif Makanan Berasaskan Tumbuhan

Makanan berasaskan tumbuhan bukan lagi perkara yang asing bagi kita semua. Kebanyakkan syarikat penghasilan makanan berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk makanan ‘plant-based food” untuk memenuhi permintaan umum yang kian melonjak naik. Kebiasaan makanan “plant-based” yang kita lihat di pasaran rata-rata tertumpu kepada daging burger atau ayam. Sebagai contoh, baru-baru ini sebuah syarikat makanan segera tersohor: KFC telah melancarkan produk barunya yang berasaskan tumbuhan iaitu “Zero Chicken Burger” yang menjadikan sumber tumbuhan sebagai ramuan utama selain menggunakan 11 jenis herba dan rempah ratus dalam adunan tersebut. Walaubagaimanapun, pengguna juga tertarik kepada alternatif makanan berasaskan tumbuhan bagi kategori makanan seperti keju, ais krim dan makanan laut. Apa yang penting untuk inovasi makanan sebegini ialah berkaitan sejauh mana ia memberi kepuasan tekstur dan rasa yang mirip dengan keaslian produk tersebut. Alternatif sebegini telah memberi banyak manfaat kesihatan kepada orang ramai dan mengurangkan mereka daripada risiko penyakit berbahaya.

 

2. Makanan Meningkatkan Imuniti Badan

Sebelum pandemik Covid-19 tiba, pengguna mencari produk makanan yang boleh membantu kesihatan penghadaman dan minda. Tetapi, pada situasi sekarang, permintaan tersebut telah bertukar kepada sektor pemakanan yang mampu meningkatkan imuniti badan manusia. Fenomena ini tidak janggal kerana pengguna makin pintar dalam isu penjagaan kesihatan demi untuk menjaga diri daripada wabak yang mengancam nyawa ini. Kajian oleh Mintel di Eropah menunjukkan bahawa sejak pandemik ini bermula, sebanyak 45% pengguna mengambil berat tentang pemakanan mereka dengan cara meningkatkan makanan bernutrisi di dalam diet harian dan 29% lagi lebih tertarik dengan pemakanan yang boleh membantu merangsang sistem ketahanan badan.  

 

3. Nutrisi Berdasarkan Individu

Nutrisi berdasarkan individu adalah antara gaya pemakanan yang kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia. Seiring dengan peredaran zaman serba moden dan canggih, manusia kini lebih celik dalam memilih apa yang terbaik untuk kesihatan mereka. Diet yang berdasarkan “one-size-fits-all” tidak lagi mampu membantu seseorang individu untuk mencapai tahap status kesihatan yang maksimum. Hal ini kerana, setiap individu mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza berdasarkan faktor sosial, genetik dan kesihatan individu tersebut. Pelbagai aplikasi di telefon pintar yang menawarkan servis kesihatan secara individu dari segi kaunseling oleh pakar terlatih menerusi atas talian dan juga informasi diet kesihatan individu secara autoamtik. Pengguna hanya perlu mengisi beberapa butiran kesihatan seperti berat badan, tinggi, umur dan kekerapan aktiviti fizikal. Dengan pantas pengguna dapat mengetahui diet keperluan badan mereka secara lebih spesifik. Kesimpulannya, tren-tren pemakanan sebegini telah memberi ruang kepada pakar teknologi Kesimpulannya, tren pemakanan sebegini telah mendorong pakar teknologi makanan dan usahawan kesihatan untuk lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu produk yang menepati cita rasa umum semasa.

 

 

 

Rujukan:

Ariff, H. (2021, February 6). Mahu Cipta Kelainan, KFC Malaysia Bakal Perkenalkan burger Daging Berasaskan tumbuh-tumbuhan. VOCKET. https://www.thevocket.com/mahu-cipta-kelainan-kfc-malaysia-bakal-perkenalkan-burger-daging-berasaskan-tumbuh-tumbuhan/

Consumers turn to immunity-boosting products in pandemic. (2020, October 2). Tetra Pak processing and packaging solutions for food and beverages | Tetra Pak. https://www.tetrapak.com/en-my/insights/cases-articles/consumers-immunity-boosting-products-pandemic

Nunes, K. (2020, November 24). Personalized nutrition trend gaining momentum. Food and beverage news, trends, ingredient technologies and commodity markets analysis | Food Business News. https://www.foodbusinessnews.net/articles/17359-personalized-nutrition-trend-gaining-momentum

State of snacking 2020 - IRI. (2020). IRI | Delivering Growth for CPG, Retail, and Healthcare. https://www.iriworldwide.com/en-us/insights/webinars/state-of-snacking-2020

What’s trending for the future of food? (2020, October 19). SmartBrief. https://www.smartbrief.com/original/2020/10/what%E2%80%99s-trending-future-food

Copyright © 2021 DietPax Ventures (NS0245920-X). All Rights Reserved.