Pokok lidah buaya memang tidak asing lagi dengan semua orang. Kebanyakan masyarakat kini sudah pasti akan menjadikan pokok ini antara salah satu tanaman di halaman rumah. Mana tidaknya, pokok lidah buaya atau lebih kerap dipanggil aloe vera mempunyai seribu satu manfaat yang berguna untuk kesihatan mahupun kecantikan kulit. Ramai yang mungkin belum mengetahui bahawa tanaman ini sebenarnya berasal dari benua Afrika. Menurut bahasa Latin, nama aloe vera itu sendiri mempunyai maksud tersendiri yang iaitu “aloe” bermaksud pokok dan “vera” ialah asli. Pokok yang bernama saintifik Aloe Barbadensis Miller ini mempunyai 300 spesis yang mempunyai khasiat rawatan semulajadi yang boleh diamalkan oleh masyarakat dunia.
Masyarakat pada zaman tamadun mesir purba memberi gelaran kepada tanaman lidah buaya ini sebagai “pokok keabdian”. Hal ini kerana, pokok lidah buaya ini disifatkan tumbuhan yang menjadi rahsia kecantikan dan kesihatan tubuh badan sepanjang hayat. Tambahan pula, ratu-ratu unggul pada zaman Mesir dahulu seperti Ratu Cleopatra dan Ratu Nefertiti menggunakan pokok ini sebagai rutin penjagaan kecantikan diri mereka. Khabarnya, Ratu Cleopatra menggunakan jel aloe vera sebagai bahan mandiannya setiap hari. Bukan itu sahaja, dalam aspek kesihatan pula, aloe vera dikatakan berfungsi sebagai anti-radang dan rawatan untuk batuk kering berdasarka Papirus Eber yang ditulis pada zamana pemerintahan Amenhotep. Keabdian tumbuhan ini lebih terserlah apabila ia dijadikan sebagai simbol keagamaan bagi rakyat sungai Nil kerana ia dipercayai mampu menghalau fitnah atau pengaruh jahat jika diletakkan pada pintu rumah. Ya benar, pokok lidah buaya memang kaya dengan manfaatnya yang tersembunyi. Terdapat beberapa kajian telah dilakukan untuk membuktikan keberkesanan kebaikan pokok ini kepada kesihatan. Antara khasiat aloe vera mengikut kajian saintifik adalah:
1. Mempercepatkan Penyembuhan Luka
Ramai sudah maklum tentang manfaat lidah buaya dalam membantu menyembuh luka seseorang. Kebiasaannya, pokok ini digunakan untuk menyembuh luka dengan kaedah topikal,menyapu jel tersebut pada bahagian kulit yang terjejas berbanding memakannya secara oral. Bukan itu sahaja, kita sering dengar bahawa pokok lidah buaya mampu merawat kulit terbakar (sunburn) dengan cara menyapu jel tersebut secara semula jadi atau jel aloe vera yang dijual di farmasi. Terdapat satu kajian eksperimen yang dilakukan atas aloe vera mendapati bahawa tumbuhan ini dapat menguruangkan penyembuhan kulit yang terbakar dalam 9 hari berbanding ubatan konvensional (Iranian Journal of Medical Sciences, 2019). Kajian selama 20 tahun tentang aloe vera yang dilakukan di Universiti Istabul Turki telah menyatakan keberkesanan tumbuhan ini sebagai rawatan topikal untuk kebakaran tahap 1 dan dua.
2. Rawatan Plak Gigi
Plak gigi ialah lapisan bakteria yang melekit serta tidak berwarna, terbentuk dan melekap pada permukaan gigi, lidah, gigi palsu dan tempat-tempat strategik seperti pinggiran tampalan dan celah-celah gigi. Sebuah kajian ubat kumur yang melibatkan 300 orang sihat bertujuan untuk membandingkan keberkesanan 100% jus aloe vera dengan bahan pencucui mulut chlorhexidine (Kumar et al, 2014). Hasil kajian mendapati selepas 4 hari, aloe vera lebih berkesan untuk mengurangkan plak gigi berbanding chlorhexidine. Ia berkesan untuk membunuh salah satu bakteria Streptococcus mutans yang memainkan peranan penting dalam berbentukan plak gigi termasuklah yis Candida albicans.
3. Mempunyai Ciri-Ciri Anti-Oksidan dan Anti-Bakteria
Anti-oksida ialah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit. Ciri anti-okdida yang terdapat di dalam aloe vera ini adalah disebabkan kandungan bahan polyphenol dalam gel tumbuhan tersebut. Polyphenol berfungsi unutk menghalang perkembangan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kepada badan manusia (Nejatzadeh, 2013). Secara rumusannya, aloe vera ialah tumbuhan yang boleh dijadikan ubatan semulajadi oleh semua populasi manusia di dunia sejak zaman dahulu lagi. Dengan manfaat kebaikannya yang menyeluruh ini, tidak hairanlah pokok lidah buaya diberikan julukan pokok keabdian oleh masyrakat sungai Nil.
Rujukan:
Azlina. (2015, July 30). Sejarah aloe Vera | Asal Usul Pokok aloe Vera (Lidah Buaya). Khasiat Aloe Vera Forever Living. https://khasiataloevera.com/sejarah-aloe-vera-asal-usul-pokok-aloe-vera-lidah-buaya/
Hekmatpou, D., Mehrabi, F., & Rahzani, K. (2019). The Effect of Aloe Vera Clinical Trials on Prevention and Healing of Skin Wound: A Systematic Review. Iranian Journal of Medical Sciences.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2017, May 23). Plak Gigi. PORTAL MyHEALTH. https://www.myhealth.gov.my/plak-gigi/
Kumar, G., Devanand, G., John, B., Ankit, Y., Khursheed, O., & Sumit, M. (2014). Preliminary Antiplaque efficacy of Aloe Vera mouthwash on 4 day plaque re -growth model: Randomized control trial. Ethiopian Journal of Health Sciences, 24(2), 139. https://doi.org/10.4314/ejhs.v24i2.6
Nejatzadeh-Barandozi, F. (2013). Antibacterial activities and antioxidant capacity of aloe Vera. Organic and Medicinal Chemistry Letters, 3(1), 5. https://doi.org/10.1186/2191-2858-3-5
Wilson, D. R. (2020, August 28). 7 Amazing Uses for Aloe Vera. Healthline. https://www.healthline.com/health/7-amazing-uses-aloe-vera#_noHeaderPrefixedContent
Copyright © 2021 DietPax Ventures (NS0245920-X). All Rights Reserved.