Kisah Sejarah Karipap

Kisah Sejarah Karipap

Kisah Sejarah Karipap

Sebut sahaja namanya sudah pasti dikenali segenap dimensi dunia. Karipap ialah sejenis makanan yang biasa dimakan oleh rakyat Malaysia dan sangat sesuai untuk pelbagai majlis. Jika sesetengah anda menghadari mesyuarat, majlis keramaian atau untuk hidangan ringan minum petang, karipap antara pilihan makanan yang mudah, sedap dan mengenyangkan. Ramai beranggapan bahawa Malaysia ialah tempat asal usulnya kewujudan makanan ini tetapi menariknya, kemunculan karipap ke negara kita adalah ekoran daripada kedatangan penjajah Portugis ke Melaka pada tahun 1800. Pada asalnya, pihak penjajah yang telah memperkenalkan sejenis makanan mirip seperti karipap iaitu empanada dan samosa.

Empanada ialah makanan yang dibawa oleh pihak Portugis yang memberi maksud empana; roti, empanada; dibalut didalam roti. Inti bagi empanada ialah daging dan sayuran. Mungkin ramai belum ketahui bahawa versi awal karipap ialah dipanggil epok-epok. Epok-Epok ialah empanada versi melayu yang mengandungi sardin, kentang dan rempah ratus tanpa kari. Lama-kelamaan, makanan tradisional ini telah diolah mengikut bentuk bulan yang memberi simbolik agama islam. Intinya juga telah dinaik tarafkan dengan diisi kentang, isi ayam, rempah kari dan telur rebus lalu terhasillah makanan inovasi yang dinamakan karipap.

Nutrisi Karipap

Ya betul, memang makan karipap panas-panas sambal menghirup secawan teh suam sangatlah nikmat. Tetapi tahukan anda, satu hidangan karipap mengandungi 190 kalori yang bersamaan dengan 30 minit masa yang perlu diambil untuk membakar kalori tersebut dengan cara berbasikal. Itu baru sebiji karipap, kebiasaannya umum akan makan lebih dari sebiji kerana terleka berbincang dan menyembang ketika di majlis jamuan. Jadi, boleh bayangkah berapa lama masa yang perlu diambil untuk anda bersenama jika anda makan lebih daripada 3 biji karipap ?

Perlu juga diingat, pembuatan karipap menggunakan kaedah menggoreng dan bahan-bahannya berasaskan lemak tepu. Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai risiko penyakit kardiovaskular perlu berjaga-jaga dengan jumlah dan kekerapan pengambilannya. Walaubagaimanapun, kaedah yang lebih sihat untuk menyediakan karipap boleh juga dengan cara membakar pastri tersebut berbanding menggoreng dalam minyak yang banyak. Sayuran seperti campuran kacang pis dan lobak merah boleh diadunkan sekali untuk menambahkan nutrien karipap tersebut. Apapun, tidak menjadi masalah untuk anda makan karipap, cuma perlu jaga kuantiti dan kekerapan pengambilan demi kesihatan yang baik disamping masih dapat menikmati makanan kegemaran rakyat Malaysia ini.

 

 

Rujukan

History of curry puff & Epok Epok in Singapore & Malaysia. (2020, May 29). Johor Kaki Travels for Foodhttps://johorkaki.blogspot.com/2020/05/history-of-curry-puff-epok-epok-in.html

Kitchen, C. E. (2021, January 27). Portuguese Empanadas. Carrie’s Experimental Kitchen. https://www.carriesexperimentalkitchen.com/portuguese-empanadas/

Myfitnesspal. (2021). Calorie chart, nutrition facts, calories in food. MyFitnessPal | MyFitnessPal.com. https://www.myfitnesspal.com/food/calories/curry-puff-37855264

Tan, B. (2011, March 29). Curry puffhttps://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_1805_2011-03-30.html

 

Copyright © 2021 DietPax Ventures (NS0245920-X). All Rights Reserved.