Kenya Dan Ethiopia Mendominasi Sukan Marathon

Kenya Dan Ethiopia Mendominasi Sukan Marathon

Kenya Dan Ethiopia Mendominasi Sukan Marathon

 

Jika dilihat tangga teratas dunia dalam acara sukan marathon, Kenya dan Ethiopia merupakan negara yang mendominasi takhta tersebut. Eliud Kipchoge dari negara Kenya berada di kedudukan pertama dan diikuti atlet dari Ethiopia dan rakan senegaranya yang lain hingga tangga ke 7. Fakor genetik menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kehebatan larian dari negara Kenya dan Ethiopia. Kebanyakan atlet Kenya datang dari suku kaum Kalenjin manakala atlet larian dari Ethiopia majoritinya dari Kawasan Arsi (Onywera et al, 2006). Tetapi selain faktor genetik, mengapa keunggulan Kenya dan Ethiopia dalam acara marathon sukar digoyah ?

 

1. Diet Kenya/Ethiopia

Diet tradisi orang Kenya dan Ethiopia kebiasaannya mengamalkan pemakanan yang terdiri dari 10% protein, 13% lemak dan 77% sumber karbohidrat. Corak pemakanan yang rendah lemak, tinggi karbohidrat yang telah diamalkan sejak berabad oleh penduduk di situ memang selari dengan kajian saranan pemakanan untuk atlet bagi sukan ketahanan (Onywera et al. 2004). Makanan rugi mereka biasanya berasaskan sayuran, buah-buahan, nasi, dan makanan tradisi rakyat Kenya seperti ugali dan jagung yang tinggi indeks glisemik. Pelari Kenya juga akan minum air teh tradisional mereka yang dikenali sebagai ‘chai’. Teh ini tinggi nilai glisemik, oleh itu mereka jadiakan ia sebagai minuman tenaga (‘energy drink’) ketika bersukan. 

 

2. Demografi Negara

Ciri lain yang menjadi keistimewaan atlet yang berasal dari Kenya dan Ethiopia adalah disebabkan faktor demografinya yang berbukit tinggi. Mereka dibesarkan di kawasan yang berketinggian 2000 hingga 2500 meter terletak di timur Afrika (Wilber & Pitsiladis, 2012). Bentuk muka bumi yang sedemikian menbuatkan mereka sudah terbiasa untuk melakukan latihan sukan pada altitud yang tinggi dan memberi kesan yang menakjubkan kepada nilai VO2max  (pengambilan oksigen tahap maxima yang boleh digunakan). Ini juga akan membuatkan stamina mereka lebih konsisten dan tidak mudah ‘pancit’ (Esomnofu, 2019).

 

3. Jenis Fiber Otot ‘muscle-fibre type’

Gentian otot berkerut perlahan atau dikenali sebagai ‘slow twitch muscle fibres’ ialah jenis fiber otot yang diperlukan untuk atlet sukan ketahanan khusunya. Ia menggunakan oksigen sebagai ‘minyak utama’ dalam meneruskan sukan tersebut dan mampu membekalkan tenaga yang berterusan (Shepherd, 2018). Asalnya, mereka ini mempunyai fiber otot jenis ‘fast twitch muscle’ tetapi disebabkan badan sudah terbiasa dengan latihan yang berpanjangan, otot mula mengadaptasi kepada ciri ciri otot jenis ‘slow twitch muscle fibre’. 

            Selain kejayaan yang berpunca dari demografi, fizikal dan pemakanan ahli sukan dari timur Afrika, motivasi yang tinggi untuk meraih kemenangan dalam sukan ini telah mendorong mereka untuk mencipta nama di persada dunia. Bukan sahaja mampu mengharumkan nama negara malah, tahap ekonomi dan sosial negara mereka juga dapat dimantapkan.

 

 

Sumber:

Esomnofu, A. (2019, November 1). What makes east Africans so good at distance running? Global Sport Matters. https://globalsportmatters.com/science/2019/11/01/what-makes-east-africans-so-good-at-distance-running/

Onywera, V., Kiplamai, F., Tuitoek, P., Boit, M., & Pitsiladis, Y. (2004). Food and macronutrient intake of elite Kenyan distance runners. International Journal of Sport Nutrition and Exercise Metabolism14(6), 709-719. https://doi.org/10.1123/ijsnem.14.6.709

Onywera, V. O., Scott, R. A., Boit, M. K., & Pitsiladis, Y. P. (2006). Demographic characteristics of elite Kenyan endurance runners. Journal of Sports Sciences24(4), 415-422. https://doi.org/10.1080/02640410500189033

Shepherd, J. (2018, August 22). Africa calling: What all runners can learn from the East African masters! Peak Performance. https://www.peakendurancesport.com/endurance-training/base-endurance-training/africa-calling-runners-can-learn-east-african-masters/

 

 

 

Copyright © 2021 DietPax Ventures (NS0245920-X). All Rights Reserved.